Monday, February 16, 2009

Praktikum

Program latihan mengajar perlu dilihat sebagal satu kontinum yang bermula sebaik sahaja pelajar mengikuti kursus di institut/maktab perguruan. Ia terbahagi kepada dua bahagian
(i) Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai
persediaan bagi pelajar sebelum menjalani praktikum.

(ii) Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar
bilik darjah.
Program Latihan Mengajar menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilken teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri. Melalui pengalaman in dan proses refleksi, pelajar akan menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Melalui program latihan praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

Dalam pelaksanaan praktikum ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara maktab dan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan praktikum. Pemuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme guru.

Melalui program praktikum, diharapkan pelajar akan dapat

(i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan;

(ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

(iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

(iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(v) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran;

(vi) menguasai strategi pengajaran;

(vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; dan

(viii) membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.

No comments:

Post a Comment