Thursday, February 19, 2009

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA KPLI

GAGASAN MALAYSIA
Pada kesempatan kali ini saya ingin membincangkan persoalan pembentukan Malaysia.
Pembentukan Malaysia bukan sahaja menyebabkan hubungan Persekutuan Tanah Melayu tidak stabil dengan Brunei malah juga dengan beberapa negara jiran yang lain terutamanya Indonesia. Idea Malaysia atau Melayu Raya bukanlah suatu yang baru.[1] Idea itu bertujuan menyatukan tanah jajahan atau naungan British di Asia Tenggara telah disuarakan sejak tahun 1894 lagi tetapi ditolak. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangannya tentang gagasan Malaysia pada ucapan bersejarahnya di Kelab Wartawan di Singapura. Menurutnya,[2]
“Sebagai satu bangsa, Malaya hari ini sedar bahawa tidak dapat berdiri sendiri. Di luar bidang politik antarabangsa, maka politik kebangsaan kita hendaklah berdasarkan pada konsep yang luas. Lambat laun Malaya akan mencari persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di wilayah Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.”




Cadangan Tunku Abdul Rahman telah disokong oleh pihak British. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan kerajaan British terpaksa menerima konsep Malaysia kerana kalau tidak mereka akan menghadapi satu keadaan seperti Irian Barat. British sedar demi kepentingan ekonomi, tentera dan politik mereka pada jangka panjang adalah lebih baik mereka berundur secara teratur sementara masih berkuasa daripada disingkirkan secara paksa sebagaimana berlaku ke atas Belanda di Irian Barat.[3]

Cadangan Tunku ini telah menimbulkan reaksi positif daripada pihak Singapura[4] tetapi negatif dari negara Indonesia.[5] Reaksi pertama datangnya daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Indonesia. Jawatankuasa ini menyifatkan Malaysia sebagai neokolonial.[6] Pada peringkat awalnya pemerintah Indonesia tidak memandang serius cadangan ini malah dalam beberapa kenyataan oleh Menteri Luarnya, Dr. Subandrio seolah-olah menggambarkan pihak pemerintah Indonesia merestui penubuhan Malaysia. Dalam satu surat yang di hantar kepada New York Times bertarikh 13 November 1961, Dr. Subandrio mengatakan,[7]

“As an example of our honesty of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of the Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethnologically and geographically very close to the others living in the Indonesian territory. Still, we do not show any objection towards this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan.”




Malah dalam satu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1961 sekali lagi Dr. Subandrio menegaskan Indonesia tidak akan menentang penubuhan Malaysia. Menurut Dr. Subandrio,[8]
“We are not only disclaiming the territories outside the former Netherlands East Indies, though they are of the same island, but…more than that…when Malaya told of her intentions to merge with the three (sic) British Crown Colonies of Sarawak, Brunei and British North Borneo as one Federation, we told them that we had no objections and that we wished them success with this merger so that everyone might live in peace and freedom.”





Akan tetapi apabila tercetusnya pemberontakan Brunei. Pemerintah Indonesia secara rasmi menganggap cadangan Malaysia bertentangan dengan hasrat rakyat Kalimantan Utara. Indonesia menunjukkan simpati mereka dan menyokong pemberontakan itu. Kenyataan simpati Presiden Sukarno ini dilaporkan oleh akhbar The Straits Times. Menurut akhbar ini, Sukarno berkata,[9]
“…we will continue our against colonialism and imperialism in all their forms, openly and secretly as well. We express Indonesia’s sympathy to struggle of the people of North Kalimantan (Borneo ).”



Bermulalah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.[10] Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio menegaskan,[11]
“Kami tidak ada pilihan lain melainkan merumuskan satu dasar konfrontasi terhadap Malaysia kerana sekarang mereka mewakili beribu-ribu orang yang bersubahat kepada kaum neo kolonial dan neo imperialis yang menjalankan dasar menduduki Indonesia.”



Sukarno menganggap gagasan Malaysia sebenarnya bertujuan menyelamatkan ekonomi British. Menurut Sukarno,[12]
“…mengapa kita anti Malaysia, kita tidak mahu penjelmaan neokolonialism di sekitar kita yang bererti mengepong Indonesia. Malaysia penjelmaan neokolonialism. Malaysia untuk menyelamat timah, getah dan minyak untuk kaum imperialis.”



Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana ia mempunyai rancangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah di Nusantara ini di dalam satu persekutuan yang besar yang dikenali sebagai “Indonesia Raya.” Konsep ini pernah disuarakan oleh Profesor Mohd Yamin, Penasihat Soekarno selepas Indonesia merdeka dari tangan Jepun. Profesor Mohd Yamin mencadangkan Indonesia Raya pada peringkat awalnya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia dan kemudiannya akan berkembang membentuk rangkaian yang lebih besar apabila Burma, Thailand, Vietnam, Filipina dan Pulau-pulau lain bergabung dalam Indonesia Raya.[13] Hajat Indonesia ini bukan suatu yang disengajakan tetapi memang telah dirancang oleh beberapa pemimpin Inodenesia. Dalam perbincangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (Investigating Committee for Preparation of Indonesia’s Independence) ada disebut tentang kawasan Indonesia merdeka. Antara lainnya disebut dan dibincangkan kedudukan Malaya dalam Indonesia. Mohd Yamin menyebut,[14]

“In fact, I have on one occasion in my dream of a Pan-Indonesia, which will include not only Malaya and Papua (New Guinea) but also the Philippines. There was a stage in my life when I kept dreaming of a Pan-Indonesia…I have scores of letters and telegrams which have come from Malaya asking that Malaya be included in Indonesia… Day before yesterday three young men from Syonanto (Singapore) came to see me conveying a request from the youth of Malaya that Malaya be included in Indonesia. One of the well-known leaders from Malaya, Lt-Colonel Abdullah Ibrahim, conveyed the request that Malaya be incorporated in Indonesian territory. Apart from that I myself am convinced that the people of Malaya feel themselves as Indonesian, belonging to Indonesia and as one of us.”







Kenyataan Mohd Yamin ini menggambarkan pihak Indonesia memang mengimpikan Malaya menjadi sebahagian daripada Indonesia. Impian ini menjadi lebih kukuh apabila ada kalangan rakyat Malaya yang mahukan Malaya berada di dalam Indonesia. Malah ada rakyat Malaya yang menganggap mereka merupakan sebahagian daripada rakyat Indonesia. Itulah impian Indonesia, jadi apabila Tunku mencadangkan pembentukan Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, ia telah memusnahkan impian Indonesia sejak sekian lama.

Indonesia juga dikatakan menentang gagasan ini kerana Tunku Abdul Rahman tidak berbincang terlebih dahulu dengan Indonesia untuk menubuhkan Malaysia. Indonesia berkecil hati kerana ia adalah sebuah negara jiran yang besar.[15] Tunku Abdul Rahman telah menafikan dakwaan Indonesia kononnya beliau tidak berbincang dengan Indonesia ketika mengemukakan gagasan ini. Kata Tunku Abdul Rahman,[16]
“…saya telah menulis surat kepada Soekarno mengenai projek Malaysia dan beliau tidak menentangnya, mungkin tidak terlintas pada fikirannya bahawa projek saya akan berhasil dan kerana itu dia meminta Subandrio menulis surat kepada New York Times dan membuat satu ucapan di Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan tidak boleh berbuat lebih daripada itu kerana pada pokoknya perkara itu ialah perkara di antara pihak kita, British dan rakyat di negeri berkenaan. Saya tidak menentang Soekarno mengambil balik Irian Barat. Sebaliknya saya cuba menolongnya mendapatkan wilayah itu.”






Dalam satu kenyataan yang lain Menteri Luar Indonesia menyatakan Indonesia akan tetap membalas segala kenyataan yang dibuat oleh pihak Tanah Melayu. Dr. Subandrio menyatakan,[17]


“…Indonesia akan secara aktif membalas pertanyaan-pertanyaan dari pemimpin-pemimpin Malaya yang memusuhi kami dan tidak akan tinggal diam seperti masa lalu…Dia (Tunku Abdul Rahman) menyangka sebagai Perdana Menteri dia bebas secara terang-terang mencaci negara lain…Malangnya Malaya juga telah menyerahkan dirinya untuk menjadi alat kolonialism dan penjajahan. Itulah sebabnya kita terpaksa menjalankan dasar konfrontasi ini tanpa peperangan.”





Indonesia menganggap punca perbalahan ini datangnya dari Malaysia dan konfrontasi tidak dapat dielakkan lagi. Indonesia telah memperkuatkan angkatan tenteranya untuk menghadapi Malaysia. Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Julai 1963, tentera laut Indonesia telah menubuhkan satu unit khas, “Armada Siaga” sebagai persediaan menghadapi Malaysia.[18] Selain memperkuatkan angkatan tenteranya, pihak pemerintah Indonesia juga telah menjalankan beberapa tindakan agresif sepanjang tempoh konfrontasi ini. Pihak pemerintah Indonesia telah menjalankan perang psikologi dan perang ideologi terhadap Malaysia. Malah Indonesia juga telah melancarkan konfrontasi ekonomi. Polisi ini menurut Muhammad Ghazali Shafie[19],

“This policy is a avowedly designed to destroy Indonesia’s dependence on Singapore as the commercial heart of Southeast Asia. The reasoning behind this policy also includes the attempt to promote industrial unrest and thereby to ignite a political explosion which could destroy Malaysia from within.”



[1] Dalam ucapan dasar Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam Mesyuarat Agung Khas PAS Kali Ke-2 pada 15.10.1961, Dr. Burhanuddin al-Helmi menjelaskan, “…saya sendiri semenjak tahun 1945 sudah pun memperjuangkan Melayu Raya ini. Sebuah akhbar Melayu Raya sudah pun dikeluarkan di Singapura pada tahun 1950 dengan saya menjadi Ketua Pengarangnya. Dan buku Perjuangan Kita dikeluarkan pada tahun 1946 dan Falsafah Kebangsaan Melayu adalah membahaskan masalah Melayu Raya itu dengan panjang.” Lihat Peringatan Mesyuarat Agung Khas PAS Kali Ke-2 Pada 15.10.1961, hlm.6.
[2] Nik Anuar Nik Mahmud, 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbitan UKM, hlm.21-38. Lihat juga The Straits Times 28.5.1961 di mana Tunku menyatakan, “…kini, timbul kesedaran bahawa Tanah Melayu tidak boleh terasing. Kita perlu berusaha mencapai objektif mengadakan kerjasama dengan negara lain.” Berita Harian pada 29.5.1961 pula menyebut Tunku menyatakan tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk merapatkan perhubungan kelima-lima daerah iaitu dengan sokongan Britain dalam lapangan politik dan ekonomi. Lihat juga John Gullick and Bruce Gale, 1986. Malaysia: Its Political and Economi Development, Kuala Lumpur: Pelanduk Publication Sdn Bhd pada tahun 1, hlm.105.
[3] Berita Harian, 29.1.1962.
[4] Berita Harian pada 4.6.1961 melaporkan Lee Kuan Yew menyatakan sokongannya terhadap Malaysia kerana matlamat Singapura “merdeka dengan Malaya tujuan muktamad kita.” Singapura menyokong hanya dengan tujuan memperolehi kemerdekaan. Apabila kemerdekaan telah diperolehi, Singapura kemudiannya sanggup menimbulkan beberapa isu dan akhirnya dipisahkan daripada Malaysia. Keluarnya Singapura daripada Malaysia menunjukkan matlamat Lee Kuan Yew tercapai.
[5] Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio menyatakan Indonesia tidak ingin menyertai Melayu Raya yang dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau juga menyatakan, “…sa-lagi tidak ada daerah Indonesia yang tersentoh, dan sa-lagi tidak ada pertarongan merebut kepentingan, maka tidak-lah Indonesia akan menchampori-nya.” Lihat Berita Harian, 14.6.1961. Reaksi negatif bukan sahaja datang dari negara luar malah turut membabitkan kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan telah membantah sikap kerajaan pusat kerana tidak berbincang dengan kerajaan negeri. Kerajaan negeri menganggap apabila berkuatkuasanya undang-undang pindaan perlembagaan itu maka terbatallah peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan demikian kerajaan Kelantan kembali kepada kedudukan asalnya sebelum penubuhan PTM. Atas alasan itu kerajaan negeri telah membuat permohonan kepada Mahkamah pada 10 September 1963, meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian penubuhan Malaysia dan Akta Malaysia batal dan tidak sah (null and void) Kerajaan negeri Kelantan juga meminta perintah penangguhan berkuatkuasanya Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia. Permohonan ini telah didengar oleh Ketua Hakim Malaysia, O.C.J Thompson C.J pada 14 September 1963 dan keputusannya telah direkodkan sebagai kes Mahkamah Tinggi (KL. Civil Suit 657 0f 1963) Dalam kes mahkamah ini akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan kalah dan penubuhan Malaysia diteruskan.
[6] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1979. Sejarah Dasar Luar Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm.18.
[7] Muhamad Ghazali Shafie, 1982. Malaysia : International Relations. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd, hlm. 31.
[8] Ibid., lihat juga Pamela Sodly, 1991. The US-Malaysia Nexus: Theme in Super Power-Small State Relations. Kuala Lumpur: Institute of Strategic and International Studies (ISIS).
[9] Straits Times, 22 December 1962.
[10] Abdullah Ahmad, 1987. Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, hlm 44.
[11] Zainal Abidin Abdul Wahid, op. cit., hlm.18.
[12] Berita Harian, 15.2.1963.
[13] Abdullah Ahmad, op. cit., hlm..45.
[14] P/PEN 3/103, Background To Indonesia’s Policy Towards Malaysia 1964.
[15] Lotfi Ismail, 1983. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor, hlm.304.
[16] Berita Harian, 13.7.1963.
[17] Berita Harian, 26.1.1963.
[18] The Straits Times, 23. 7. 1963
[19] SP 18 / 8B / 39, The Pattern of Indonesian Aggresion by Dato’ Muhammad Ghazali Shafie, 8.2.1965.

No comments:

Post a Comment