Thursday, August 20, 2009

Salam Ramahan Untuk Muslimin dan Muslimat. Moga Ramadhan tahun ini kita isikan dengan mengejar pahala.

Monday, April 6, 2009

PENGUMUMAN

KEPADA SISWA SISWI PPISMP

BUKU PENGAJIAN SOSIAL 1 TULISAN Dr. ISMAIL BIN SAID BOLEH DIPEROLEHI DENGAN HARGA RM 22.00 DI KEDAI-KEDAI BUKU ATAU ORDER DENGAN PENULISNYA.

BUKU INI MEMENUHI SILIBUS SEMESTER 1, 2 DAN 3.

ANDA PERLU PEROLEHINYA... JANGAN KEHABISAN

Program Jabatan Kajian Sosial, IPGM Kampus Perlis

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU-GURU SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) 2009
Setiausaha Kursus ini ialah Dr. Ismail bin Said (isma1269@yahoo.com atau http://matangpaku.blogspot.com
Tarikh Sekolah Penceramah
4.4.2009 SMA Islahiyah, Perlis Dr.Ismail Said/En.Mohd Nor Chin
11.4.2009 SMA Maarifil Daeratul Wataniah 1 Dr. Ismail bin Said/En.Mohamad Tayab
18.4.2009 SMA Pekan Gurun, Kedah Pn.Zaiton Mat Non/En.Mohd Fadzil Salleh
25.4.2009 SMA Hidayah Islamiah, Kedah Pn.Zaiton Mat Non/Pn.Jaizah Mahmud

Tuesday, March 3, 2009

PSS 3101-DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL


POLITIK DAN KERAJAAN (SAINS POLITIK)

•Bidang ini membincangkan persoalan mengenai kegiatan masyarakat dalam aktiviti politik. Dengan kata lain ia melihat peranan individu dan masyarakat dalam institusi politik seperti kerajaan dan parti.

•Peranan ini digambarkan melalui cara individu berinteraksi di dalam sistem politik untuk mendapat kuasa dan seterusnya menentukan bentuk institusi politik seperti kerajaan.
•Berlaku evolusi sistem politik tradisional ke moden. Dalam sistem politik tradisional terdapat 2 golongan iaitu golongan atasan dan bawahan.
•Dalam sistem politik moden ciri terpenting ialah negara, hak asasi manusia, kepentingan rakyat, kumpulan-kumpulan berkepentingan dan kedaulatan rakyat.
•Politik merujuk kepada negara (state), kekuasaan (power), pembuatan keputusan (decision making), kebijaksanaan (policy making) dan pembahagian (distribution).
•Sains politik adalah kajian sainstifik mengenai negara, kekuasaan, pembuatan keputusan, kebijaksanaan dan pembahagian nilai-nilai.
•Kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu parti yang menang dalam pilihanraya (memerintah), penyokong kerajaan dan pembangkang. Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia spt autokratik, republikan, totalitarian, demokrasi.
•Kerajaan moden yang ada pada hari ini, kuasa dan skopnya lebih luas berbanding kerajaan tradisional.
•Kerajaan boleh didefinisikan sebagai satu rangkaian institusi yang kompleks yang mentadbir negara.

• Henry B.Mayo dalam bukunya Introdution to Democratic Theory menjelaskan negara
demokrasi ialah negara dimana dasar-dasar awam digubal atas keputusan ramai oleh
perwakilan-perwakilan yang dipilih secara sah melalui pilihanraya yang dijalankan dalam
suasana kesaksamaan dan kebebasan berpolitik.
• Antara ciri negara demokrasi ialah:
i.terdapat lebih daripada satu kumpulan politik yang
bersaing untuk mendapatkan kuasa politik berdasarkan peraturan yang telah digubal.
ii.Pemilihan pemimpin ke dalam kerajaan adlah terbuka.
iii.Terdapat pilihanraya umum
iv.Terdapat kumpulan pembangkang
v.Terdapat kebebasan awam.
vi.Terdapat desentralisasi antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Autokrasi
•Satu bentuk kerajaan yang dikuasai orang perseorangan yang mempunyai kuasa tidak
terhad (Hunt and Colander, 1996)
•Ada dua jenis kerajaan autokrasi iaitu autoritarian autokrasi dan totalitarian autokrasi.

•Kerajaan autokrasi autoritarian merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang diktator. Ia
mengharamkan sebarang kegiatan yang boleh mengancam kedudukan pemerintahannya.
•Kerajaan aotokrasi totalitarian ialah sebuah kerajaan yang mahu mengawal seluruh kegiatan
kehidupan masyarakat didalamnya.Cth China dan Korea Utara.
•Ciri-ciri pemrintahan autokrasi:
i. kebebasan awam tidak dipentingkan
ii.kekerasan dan ugutan selalu digunakan
iii.kuasa pemerintahan terletak di tangan satu elit politik tradisional atau moden spt tentera.
iv.penguasaan satu aprti.
•Peranan kerajaan:
i.meninggikan taraf hidup rakyat
ii.menggubal dan melaksanakan undang-undang.
iii.memastikan pemuafakatan antara rakyat sentiasa wujud
iv.memelihara kebebasan individu.

Thursday, February 19, 2009

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA KPLI

GAGASAN MALAYSIA
Pada kesempatan kali ini saya ingin membincangkan persoalan pembentukan Malaysia.
Pembentukan Malaysia bukan sahaja menyebabkan hubungan Persekutuan Tanah Melayu tidak stabil dengan Brunei malah juga dengan beberapa negara jiran yang lain terutamanya Indonesia. Idea Malaysia atau Melayu Raya bukanlah suatu yang baru.[1] Idea itu bertujuan menyatukan tanah jajahan atau naungan British di Asia Tenggara telah disuarakan sejak tahun 1894 lagi tetapi ditolak. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangannya tentang gagasan Malaysia pada ucapan bersejarahnya di Kelab Wartawan di Singapura. Menurutnya,[2]
“Sebagai satu bangsa, Malaya hari ini sedar bahawa tidak dapat berdiri sendiri. Di luar bidang politik antarabangsa, maka politik kebangsaan kita hendaklah berdasarkan pada konsep yang luas. Lambat laun Malaya akan mencari persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di wilayah Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.”




Cadangan Tunku Abdul Rahman telah disokong oleh pihak British. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan kerajaan British terpaksa menerima konsep Malaysia kerana kalau tidak mereka akan menghadapi satu keadaan seperti Irian Barat. British sedar demi kepentingan ekonomi, tentera dan politik mereka pada jangka panjang adalah lebih baik mereka berundur secara teratur sementara masih berkuasa daripada disingkirkan secara paksa sebagaimana berlaku ke atas Belanda di Irian Barat.[3]

Cadangan Tunku ini telah menimbulkan reaksi positif daripada pihak Singapura[4] tetapi negatif dari negara Indonesia.[5] Reaksi pertama datangnya daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Indonesia. Jawatankuasa ini menyifatkan Malaysia sebagai neokolonial.[6] Pada peringkat awalnya pemerintah Indonesia tidak memandang serius cadangan ini malah dalam beberapa kenyataan oleh Menteri Luarnya, Dr. Subandrio seolah-olah menggambarkan pihak pemerintah Indonesia merestui penubuhan Malaysia. Dalam satu surat yang di hantar kepada New York Times bertarikh 13 November 1961, Dr. Subandrio mengatakan,[7]

“As an example of our honesty of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of the Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethnologically and geographically very close to the others living in the Indonesian territory. Still, we do not show any objection towards this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan.”




Malah dalam satu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1961 sekali lagi Dr. Subandrio menegaskan Indonesia tidak akan menentang penubuhan Malaysia. Menurut Dr. Subandrio,[8]
“We are not only disclaiming the territories outside the former Netherlands East Indies, though they are of the same island, but…more than that…when Malaya told of her intentions to merge with the three (sic) British Crown Colonies of Sarawak, Brunei and British North Borneo as one Federation, we told them that we had no objections and that we wished them success with this merger so that everyone might live in peace and freedom.”





Akan tetapi apabila tercetusnya pemberontakan Brunei. Pemerintah Indonesia secara rasmi menganggap cadangan Malaysia bertentangan dengan hasrat rakyat Kalimantan Utara. Indonesia menunjukkan simpati mereka dan menyokong pemberontakan itu. Kenyataan simpati Presiden Sukarno ini dilaporkan oleh akhbar The Straits Times. Menurut akhbar ini, Sukarno berkata,[9]
“…we will continue our against colonialism and imperialism in all their forms, openly and secretly as well. We express Indonesia’s sympathy to struggle of the people of North Kalimantan (Borneo ).”



Bermulalah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.[10] Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio menegaskan,[11]
“Kami tidak ada pilihan lain melainkan merumuskan satu dasar konfrontasi terhadap Malaysia kerana sekarang mereka mewakili beribu-ribu orang yang bersubahat kepada kaum neo kolonial dan neo imperialis yang menjalankan dasar menduduki Indonesia.”



Sukarno menganggap gagasan Malaysia sebenarnya bertujuan menyelamatkan ekonomi British. Menurut Sukarno,[12]
“…mengapa kita anti Malaysia, kita tidak mahu penjelmaan neokolonialism di sekitar kita yang bererti mengepong Indonesia. Malaysia penjelmaan neokolonialism. Malaysia untuk menyelamat timah, getah dan minyak untuk kaum imperialis.”



Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana ia mempunyai rancangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah di Nusantara ini di dalam satu persekutuan yang besar yang dikenali sebagai “Indonesia Raya.” Konsep ini pernah disuarakan oleh Profesor Mohd Yamin, Penasihat Soekarno selepas Indonesia merdeka dari tangan Jepun. Profesor Mohd Yamin mencadangkan Indonesia Raya pada peringkat awalnya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia dan kemudiannya akan berkembang membentuk rangkaian yang lebih besar apabila Burma, Thailand, Vietnam, Filipina dan Pulau-pulau lain bergabung dalam Indonesia Raya.[13] Hajat Indonesia ini bukan suatu yang disengajakan tetapi memang telah dirancang oleh beberapa pemimpin Inodenesia. Dalam perbincangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (Investigating Committee for Preparation of Indonesia’s Independence) ada disebut tentang kawasan Indonesia merdeka. Antara lainnya disebut dan dibincangkan kedudukan Malaya dalam Indonesia. Mohd Yamin menyebut,[14]

“In fact, I have on one occasion in my dream of a Pan-Indonesia, which will include not only Malaya and Papua (New Guinea) but also the Philippines. There was a stage in my life when I kept dreaming of a Pan-Indonesia…I have scores of letters and telegrams which have come from Malaya asking that Malaya be included in Indonesia… Day before yesterday three young men from Syonanto (Singapore) came to see me conveying a request from the youth of Malaya that Malaya be included in Indonesia. One of the well-known leaders from Malaya, Lt-Colonel Abdullah Ibrahim, conveyed the request that Malaya be incorporated in Indonesian territory. Apart from that I myself am convinced that the people of Malaya feel themselves as Indonesian, belonging to Indonesia and as one of us.”







Kenyataan Mohd Yamin ini menggambarkan pihak Indonesia memang mengimpikan Malaya menjadi sebahagian daripada Indonesia. Impian ini menjadi lebih kukuh apabila ada kalangan rakyat Malaya yang mahukan Malaya berada di dalam Indonesia. Malah ada rakyat Malaya yang menganggap mereka merupakan sebahagian daripada rakyat Indonesia. Itulah impian Indonesia, jadi apabila Tunku mencadangkan pembentukan Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, ia telah memusnahkan impian Indonesia sejak sekian lama.

Indonesia juga dikatakan menentang gagasan ini kerana Tunku Abdul Rahman tidak berbincang terlebih dahulu dengan Indonesia untuk menubuhkan Malaysia. Indonesia berkecil hati kerana ia adalah sebuah negara jiran yang besar.[15] Tunku Abdul Rahman telah menafikan dakwaan Indonesia kononnya beliau tidak berbincang dengan Indonesia ketika mengemukakan gagasan ini. Kata Tunku Abdul Rahman,[16]
“…saya telah menulis surat kepada Soekarno mengenai projek Malaysia dan beliau tidak menentangnya, mungkin tidak terlintas pada fikirannya bahawa projek saya akan berhasil dan kerana itu dia meminta Subandrio menulis surat kepada New York Times dan membuat satu ucapan di Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan tidak boleh berbuat lebih daripada itu kerana pada pokoknya perkara itu ialah perkara di antara pihak kita, British dan rakyat di negeri berkenaan. Saya tidak menentang Soekarno mengambil balik Irian Barat. Sebaliknya saya cuba menolongnya mendapatkan wilayah itu.”






Dalam satu kenyataan yang lain Menteri Luar Indonesia menyatakan Indonesia akan tetap membalas segala kenyataan yang dibuat oleh pihak Tanah Melayu. Dr. Subandrio menyatakan,[17]


“…Indonesia akan secara aktif membalas pertanyaan-pertanyaan dari pemimpin-pemimpin Malaya yang memusuhi kami dan tidak akan tinggal diam seperti masa lalu…Dia (Tunku Abdul Rahman) menyangka sebagai Perdana Menteri dia bebas secara terang-terang mencaci negara lain…Malangnya Malaya juga telah menyerahkan dirinya untuk menjadi alat kolonialism dan penjajahan. Itulah sebabnya kita terpaksa menjalankan dasar konfrontasi ini tanpa peperangan.”





Indonesia menganggap punca perbalahan ini datangnya dari Malaysia dan konfrontasi tidak dapat dielakkan lagi. Indonesia telah memperkuatkan angkatan tenteranya untuk menghadapi Malaysia. Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Julai 1963, tentera laut Indonesia telah menubuhkan satu unit khas, “Armada Siaga” sebagai persediaan menghadapi Malaysia.[18] Selain memperkuatkan angkatan tenteranya, pihak pemerintah Indonesia juga telah menjalankan beberapa tindakan agresif sepanjang tempoh konfrontasi ini. Pihak pemerintah Indonesia telah menjalankan perang psikologi dan perang ideologi terhadap Malaysia. Malah Indonesia juga telah melancarkan konfrontasi ekonomi. Polisi ini menurut Muhammad Ghazali Shafie[19],

“This policy is a avowedly designed to destroy Indonesia’s dependence on Singapore as the commercial heart of Southeast Asia. The reasoning behind this policy also includes the attempt to promote industrial unrest and thereby to ignite a political explosion which could destroy Malaysia from within.”



[1] Dalam ucapan dasar Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam Mesyuarat Agung Khas PAS Kali Ke-2 pada 15.10.1961, Dr. Burhanuddin al-Helmi menjelaskan, “…saya sendiri semenjak tahun 1945 sudah pun memperjuangkan Melayu Raya ini. Sebuah akhbar Melayu Raya sudah pun dikeluarkan di Singapura pada tahun 1950 dengan saya menjadi Ketua Pengarangnya. Dan buku Perjuangan Kita dikeluarkan pada tahun 1946 dan Falsafah Kebangsaan Melayu adalah membahaskan masalah Melayu Raya itu dengan panjang.” Lihat Peringatan Mesyuarat Agung Khas PAS Kali Ke-2 Pada 15.10.1961, hlm.6.
[2] Nik Anuar Nik Mahmud, 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbitan UKM, hlm.21-38. Lihat juga The Straits Times 28.5.1961 di mana Tunku menyatakan, “…kini, timbul kesedaran bahawa Tanah Melayu tidak boleh terasing. Kita perlu berusaha mencapai objektif mengadakan kerjasama dengan negara lain.” Berita Harian pada 29.5.1961 pula menyebut Tunku menyatakan tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk merapatkan perhubungan kelima-lima daerah iaitu dengan sokongan Britain dalam lapangan politik dan ekonomi. Lihat juga John Gullick and Bruce Gale, 1986. Malaysia: Its Political and Economi Development, Kuala Lumpur: Pelanduk Publication Sdn Bhd pada tahun 1, hlm.105.
[3] Berita Harian, 29.1.1962.
[4] Berita Harian pada 4.6.1961 melaporkan Lee Kuan Yew menyatakan sokongannya terhadap Malaysia kerana matlamat Singapura “merdeka dengan Malaya tujuan muktamad kita.” Singapura menyokong hanya dengan tujuan memperolehi kemerdekaan. Apabila kemerdekaan telah diperolehi, Singapura kemudiannya sanggup menimbulkan beberapa isu dan akhirnya dipisahkan daripada Malaysia. Keluarnya Singapura daripada Malaysia menunjukkan matlamat Lee Kuan Yew tercapai.
[5] Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio menyatakan Indonesia tidak ingin menyertai Melayu Raya yang dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau juga menyatakan, “…sa-lagi tidak ada daerah Indonesia yang tersentoh, dan sa-lagi tidak ada pertarongan merebut kepentingan, maka tidak-lah Indonesia akan menchampori-nya.” Lihat Berita Harian, 14.6.1961. Reaksi negatif bukan sahaja datang dari negara luar malah turut membabitkan kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan telah membantah sikap kerajaan pusat kerana tidak berbincang dengan kerajaan negeri. Kerajaan negeri menganggap apabila berkuatkuasanya undang-undang pindaan perlembagaan itu maka terbatallah peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan demikian kerajaan Kelantan kembali kepada kedudukan asalnya sebelum penubuhan PTM. Atas alasan itu kerajaan negeri telah membuat permohonan kepada Mahkamah pada 10 September 1963, meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian penubuhan Malaysia dan Akta Malaysia batal dan tidak sah (null and void) Kerajaan negeri Kelantan juga meminta perintah penangguhan berkuatkuasanya Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia. Permohonan ini telah didengar oleh Ketua Hakim Malaysia, O.C.J Thompson C.J pada 14 September 1963 dan keputusannya telah direkodkan sebagai kes Mahkamah Tinggi (KL. Civil Suit 657 0f 1963) Dalam kes mahkamah ini akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan kalah dan penubuhan Malaysia diteruskan.
[6] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1979. Sejarah Dasar Luar Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm.18.
[7] Muhamad Ghazali Shafie, 1982. Malaysia : International Relations. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd, hlm. 31.
[8] Ibid., lihat juga Pamela Sodly, 1991. The US-Malaysia Nexus: Theme in Super Power-Small State Relations. Kuala Lumpur: Institute of Strategic and International Studies (ISIS).
[9] Straits Times, 22 December 1962.
[10] Abdullah Ahmad, 1987. Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, hlm 44.
[11] Zainal Abidin Abdul Wahid, op. cit., hlm.18.
[12] Berita Harian, 15.2.1963.
[13] Abdullah Ahmad, op. cit., hlm..45.
[14] P/PEN 3/103, Background To Indonesia’s Policy Towards Malaysia 1964.
[15] Lotfi Ismail, 1983. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor, hlm.304.
[16] Berita Harian, 13.7.1963.
[17] Berita Harian, 26.1.1963.
[18] The Straits Times, 23. 7. 1963
[19] SP 18 / 8B / 39, The Pattern of Indonesian Aggresion by Dato’ Muhammad Ghazali Shafie, 8.2.1965.

Tuesday, February 17, 2009

Produk Muslim

Masad Cafe (Madu Sawda-Plus)
Minuman Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga.
Masad Cafe
Merupakan Minuman Kesihatan yang penuh khasiat campuran
Habbatus sawda dan madu Lebah dari Tanah Arab
yang telah diperakui keberkesanannya.
Khasiatnya amat baik untuk tubuh.
Sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.
Harga Hanya RM18.00 Sekotak
Hubungi:0124570278/0175998082

Buku Rujukan

Ungkapan Motivasi

Mungkinkah anda rasa malas dan bosan belajar kerana anda tidak punya ilmu tentang kepentingan ilmu itu sendiri? atau anda sendiri tidak punya matlamat hidup yang jelas?
Siapa yang menjalani satu jalan memperoleh ilmu, nanti Allah akan memudahkan baginya memperoleh syurga.
(hadis riwayat Muslim)
Wahai anaku!
Carilah Ilmu
Kerana apabila kamu menjadi fakir
maka ilmu itulah hartamu,
dan
bila kamu kaya, ilmu menjadi perhiasan dirimu
(Lukmanul Hakim)
Beriman dan Beramal Sumbernya ialah Ilmu
Ilmu Diperoleh Dengan Belajar
Tidak Ada Iman kalau Tidak Ada Amal
Dan Tidak Ada Pula Amal kalau Tidak Ikhlas
Jika Sekiranya Ada Orang Beribadah Seperti Malaikat
Tapi
Tanpa Ilmu,
Orang Itu Termasuk Golongan Yang Rugi Hanya Lelah Payah
Sedangkan Pahalanya Hampa.
Kerana itu, Bersungguhlah Kamu Dalam Menuntut Ilmu
Jauhi Kemalasan dan Kebosanan,
Jika Tidak Kamu Akan Berada Dalam Bahaya Kesesatan
(Imam Al-Ghazali)

Pendidikan Negara Bangsa

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

Konsep Pembinaan Insan

1.Pembinaan bermaksud usaha ke arah membentuk individu yang dinamik selaras dengan tuntutan agama dan negara.

2.Insan merupakan individu atau manusia yang berakal. “sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dengan penciptaan yang terbaik” (surah Tin:4).

3.Konsep insan telah diungkapkan dalam al-quran. Antaranya ialah “kemudian, apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan roh padanya maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (surah al-hijr:29)

4.Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan maqasid al-shariah (objektif syariat Illahi) yang menggariskan 5 paksi iaitu;

Memelihara agama
Memelihara akal
Memelihara nyawa
Memelihara keturunan
Memelihara harta

5.Program-program pembinaan insan;

Islam hadhari
Rakan Muda
Latihan Khidmat Negara
Modal Insan melalui program j-QAF, anak-anak permata negara dan satu keluarga satu kaunselor.


Konsep Pembinaan Warga

1.Model konseptual pembinaan negara bangsa menekankan 3 aspek utama:

Kewarganegaraan
Patriotisme
Ideologi negara

2.Kewarganegaraan bermaksud kerakyatan sesebuah negara.

3.Patriotisme dirujuk sebagai perasaan cinta yang tersangat kuat kepada negara.

4.Ideologi bermaksud faham yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan.

5.Malaysia mendokong ideologi demokrasi berparlimen. Orang Melayu penduduk asal Tanah Melayu. Raja berperlembagaan.


Konsep Pembinaan Negara

1.Bangsa Malaysia mendokong 5 Rukun Negara. Bahasa Melayu memainkan peranan membentuk jati diri dan identiti sesebuah bangsa.

2.Usaha mewujudkan integrasi kaum:

Sekolah wawasan
Memperkasakan sekolah kebangsaan
Latihan Khidmat Negara.



Kuliah 1

Dr. Ismail bin Said
Jabatan Kajian Sosial
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Perlis









WARISAN NEGARA

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

1.Faktor kebangkitan Melaka

Lokaliti Melaka
Pemerintah
Peranan Orang Laut

2.Faktor kejatuhan Melaka

Perpecahan kaum
Kelemahan pemerintah
Serangan Portugis

3.Sistem pemerintahan- sistem empat lipatan.

· Pembesar empat
· Pembesar lapan
· Pembesar enam belas

Masing-masing ada peranan untuk memajukan Melaka.

4.Peranan agama Islam:

Sejarah menyebut Parameswara merupakan Raja pertama memerlu Islam.
Islam disebarkan melalui perdagangan, perkahwinan, pendakwah.

5.Masyarakat Melaka pada masa itu bersifat pluraliti. Ada Melayu, Arab, Cina dan India.

6.Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan dan perdagangan antarabangsa dewasa itu. Ia digunakan dalam semua urusan.

7.Kesultanan Melayu Melaka mewarisi beberapa kerajaan di Malaysia hari ini. Perak, Pahang, Johor berasal dariapad keturunan Melaka.


PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK.

Sejarah penjajahan /latarbelakang penjajahan.

1.Kronologi penjajahan di negara ini.

1511-Melaka ditawan Portugis
1641-Holland dibantu Johor mengalahkan Portugis di Melaka.
1791-seberang Perai diserahkan kepada British.
1819-pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles
1842-Sultan Brunei mengisytiharkan James Brooke sebagai White Rajah di Sarawak.
1874-Perjanjian Pangkor ditandatangani. Perak terima Residen JWW Birch.
1942-Jepun menyerang dan menduduki Tanah Melayu.
BMA
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Merdeka-1957
16 September 1963-Malaysia dibentuk.

2.Masyarakat pluraliti wujud apabila penjajah membawa masuk orang Cina dan India untuk bekerja dalam beberapa sektor ekonomi.

3.British menjalankan dasar pemerintahan pecah dan perintah. Orang Melayu tinggal di luar Bandar, bekerja disektor pertanian, Orang Cina tinggal di Bandar-pelombong dan peniaga, Orang India die stet-buruh estet.

4.Sistem pendidikan berbeza-sistem vernakuler.

5.Zaman sekarang, walaupun negara merdeka tetapi penjajahan ekonomi, budaya dan pemikiran berlaku.

Hubungan Etnik (WAJ3106)

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


Konsep Etnik

Kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi)
Menurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ‘ethnos’. Ia merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi cirri biologi, culture dan cara hidup yang sama.
Dalam New Testament Yunani ‘ethnos’ merujuk kepada bangsa bukan Yunani atau bukan kristian.
Abad ke -19, masyarakat Eropah menganggap perkataan etnik, etnikal, etnisiti, ethnique dan ethni’e’ sama dengan istilah ras. Etnik dapat diklasifikasikan melalui perbezaan culture. Etnik biasanya bersifat etnosentrik –menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama berbanding budaya orang lain yang dipandang rendah, ganjil.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu.
Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka lebih hebat.


Konsep Ras dan Rasisme

Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Menurut Banton (1987) ada 3 teori ras iaitu :
2.1. Ras sebagai keturunan-manusia berasal dari Adam dan Hawa.
2.2. Ras sebagai jenis
2.3. Ras sebagai subspesis-rujuk teori Charles Darwin.
Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai sifat keturunan yang membezakan mereka drp yang lain.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negetif oleh sekelompok sosial atau anggotanya terhadap suatu kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal-biologikal. Rasisme juga merupakan gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri fizikal-biologikal yang lain.
Menurut Hughes et.al.(2002) rasisme wujud pada 2 tahap.
Pada tahap individu rasisme ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu berstatus superior manakala ada yang berstatus inferior (rendah)
Pada peringkat institusi pula rasisme melibatkan dasar dan implemen bersifat diskriminasi yang mewujudkan kesan ketidaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.
Prejudice/prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang bersifat negetif terhadap sekumpulan manusia/ras lain. Ada 3 komponen prasangka iaitu komponen kognitif, afektif dan kelakuan.
Prejudice dalam etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandang negetif terhadap etnik lain.
Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negetif terhadap sesuatu kumpulan etnik, cth ‘ melayu itu beragama Islam’. Ia juga merujuk kepada gambaran yang berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada kumpulan etnik tertentu.
Diskriminasi pula adalah pandangan, pemikiran dan kepercayaan negetif oleh seseorang/kelompok terhadap anggota/kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negetif.
Diskriminasi juga merujuk kepada layanan berlainan yang diberikan oleh individu/kelompok kepada individu/kelompok lain.

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu


1.Pluralisme merujuk kepada ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

2.Pluraliti merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semulajadi.

3.Pluralistik merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara dirancang dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

4.Kewujudan kepelbagaian etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentuksn masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

5.Kedatangan kolonial adalah disebabkan faktor Gospel, Glory dan Gold. Kedatangan mereka telah memberi impak dalam system kehidupan masyarakat di alam Melayu.

6.Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan colonial Eropah terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan. Hasilnya telah mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar, system social, politik dan agama. Mereka secara sukarela sangggup berkahwin dengan penduduk local.

7.Menurut al-Attas pengaruh Hindu-Buddha tidaklah mendominasikan masyarakat di alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh islam.

8.Orang Cina dan India dibawa kea lam Melayu demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.


Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melayu Melaka.

1.Melaka dianggap sebagai “venice of the east”

2.Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada ketika itu.

3.Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan Islam.

4.Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman damai.

5.Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina, India dengan penduduk lokal berlaku.

6.Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya. Hasilnya terbentuk masyarakat Baba dan Nyonya.


Pembentukan Masyarakat Pluraliti Oleh Kolonial

1.Stephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages:Science and Religion menyatakan masyarakat terbahagi kepada dua:

i.masyarakat yang menyokong agama
ii.masyarakat sains moden

2.Kedatangan Inggeris kea lam Melayu membawa bersama mereka konsep pemikiran pemisahan negara dan agama. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

3.Inggeris telah memperkenalkan system pentadbiran berasaskan 3 unsur iaitu legislative, eksekutif dan kehakiman.

4.Bernard Cohn (pengkaji India British) berpendapat kolonialisme:

i.bukan sahaja melibatkan penaklukan ruang tapi juga epistemology atau system pemikiran penduduk peribumi.

ii.melibatkan proses penggantian system pemikiran local dengan system pemikiran sistematik.




Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

1.Perkembangan masyarakat plural selepas merdeka boleh dilihat dalam ruang politik, perlembagaan, pendidikan dan ekonomi.

2.Malaysia dianggap negara yang berupaya melaksanakan system demokrasi dengan berkesan.

3.demokrasi di negara ini berjalan dengan lancer terutamanya semenjak pilihanraya 1955 dimana etnik Melayu, Cina dan India telah bersatu mendesak Inggeris memberi kemerdekaan.

4.Selepas tahun 1960an kerjasama parti-parti politik dalam pakatan pemerintah telah berkembang. Pada tahun 1974 Barisan Nasional ditubuhkan.

5.Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia.

6.Dalam Perlembagaan negara kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding. Pembentukan parti-parti politik etnik dan perikatan sebagai model pemuafakatan politik.

7.Perlembagaan menjadi asas pelaksanaan system politik negara ini.

8.perlembagaan mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum.

9.Dari segi sejarah ada 2 kontrak social di alam Melayu:
i.Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling hormat menghormati antara rakyat dan raja (Demang Lebar Daun dgn rakyat)
ii.Berlaku kontrak sosial masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan Inggeris untuk beri kemerdekaan kepada negara ini.

10.Communities Liasion Committee (CLC) 1949 diadakan atas usaha Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.

11.Sebelum Penyata Razak terdapat 4 sistem pendidikan di negara ini.

12.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan dan orientasi.

13.Penyata razak dan Laporan Rahman Talib merealisasikan kenyataan ini.

14.Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.

15.Mulai tahun 1957 kerajaan telah mempergiatkan pembangunan ekonomi untuk merapatkan jurang antara etnik.

16.Ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaya 1, 2, Rancangan Malaysia 1,2,3 dan seterusnya. Juga melalui DEB dan DPN.


Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Konsep Modenisasi dan Pembangunan

1.Modenisasi merupakan satu proses transformasi/perubahan dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Perubahan ini berencana dan ia mempunyai matlamat,kaedah dan penetapan ukuran pencapaian.

2.Modenisasi diklasifikasikan kepada 2 :

i. Pembangunan ekonomi
ii. Pembangunan politik

3.Pembangunan ekonomi mensasarkan mewujudkan masyarakat industri. Ia merangkumi pembangunan teknologi, pembangunan agro, pembangunan perindustrian dan urbanisasi.

4.Modenisasi dikatakan berasal usul dari Eropah akibat 2 revolusi iaitu Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudah) dan Revolusi Perindustrian.

5.Isu modenisasi berkait rapat dengan falsafah dan praktikal. Dari segi falsafah ia berkaitan dengan kemajuan/evolusi. Hal ini mebawa kepada teori sosial tentang perubahan. Evolusionisme merujuk kepada gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah moden.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
PENGAJIAN SOSIAL SEKOLAH RENDAH

PSS3101 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL


Soalan Tugasan Semester 1


Pengetahuan asas mengenai hubungan antara individu dan kelompok dalam masyarakat merupakan salah satu matlamat pendidikan Pengajian Sosial.

Dalam kumpulan tidak melebihi empat orang bincangkan pembahagian strand tematik dalam Pengajian Sosial yang mempengaruhi kehidupan sosial seorang kanak-kanak. Anda dikehendaki menyatakan elemen-elemen strand tematik dengan memberi contoh-contoh yang sesuai dalam bentuk peta minda.

Sediakan juga satu laporan yang tidak melebih 500 patah perkataan tentang kebaikan dan kelemahan pendekatan elemen tematik dalam Pengajian Sosial.

SOALAN TUTORIAL DAN ISL
Pengajian Sosial
Ambilan Januari 2009

Minggu
Tutorial
ISL
1
15.1.2009
Pelajar menjelaskan definisi, matlamat dan tujuan Pengajian Sosial
Secara berpasangan pelajar diminta melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan definisi, matlamat dan tujuan am Pengajian Sosial
2
Pelajar menghuraikan matlamat pendidikan Pengajian Sosial
Menggunakan pengurusan grafik untuk menjelaskan matlamat pendidikan Pengajian Sosial secara berkumpulan
3
Menjelaskan strand tematik dalam Pengajian Sosial
Budaya
Masa, kesinambungan dan perubahan
Secara berpasangan pelajar dikehendaki merujuk tentang konsep budaya, masa dan kesinambungan dan perubahan di Pusat Sumber dan menghasilkan peta minda.
4
Mebincangkan hubungan manusia dan tempat tinggal dan kaitan dengan alam sekitar.

Membincangkan perkembangan individu dan identiti.
Melayari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang manusia, dunia, cara hidup dan tempat tinggal serta perkembangan individu dan identiti
5
Menghuraikan pembahagian mengikut elemen tematik dalam Pengajian Sosial.
Individu, kelompok dan institusi.
Kuasa, autoriti dan kawalan.
Secara berkumpulan pelajar dikehendaki menggunakan pengurusan grafik untuk membanding beza konsep kuasa, autoriti dan tadbir urus.
6
Melayari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang manusia, dunia, cara hidup dan tempat tinggal serta perkembangan individu dan identiti.
Melayari internet untuk mendpaatkan maklumat terkini tentang isu-isu global dan amalan baik sivik. Contoh peperangan, pencemaran alam sekitar dan pemanasan dunia.
7
Menjelaskan hubung kait antara pengeluaran, pengagihan dan kepenggunaan.

Menghubungkait peranan sains, teknologi dengan masyarakat.
Secara berpasangan pelajar dikehendaki membincangkan hubung kait antara pengeluaran, pengagihan dan kepenggunaan dalam konteks perkembangan ekonomi Malaysia.
8
Pelajar dikehendaki menjelaskan konsep pelbagai disiplin dalam Pengajian Sosial
Secara berkumpulan layari laman web/ buat rujukan di Pusat Sumber untuk mencari konsep pelbagai disiplin dalam Pengajian Sosial.
9
Pelajar menghuraikan perkaitan Pengajian Sosial dengan setiap disiplin yang dipelajari.
Tunjukkan perkaitan Pengajian Sosial bagi setiap disiplin dengan menggunakan pengurusan grafik
10
Sambungan minggu 9
Sambungan minggu 9

11
Pelajar menjelaskan peringkat deria motor dan pra operasi perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori jean piaget
Mendapatkan maklumat mengenai deria motor dan pra perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean Piaget melalui bahan bacaan dan laman web.

12
Pelajar menganalisis peringkat operasi konkrit dan operasi formal perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean Piaget.
Mendapatkan maklumat mengenai deria motor dan pra perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean Piaget melalui bahan bacaan dan laman web.

13
Pelajar menghuraikan kemahiran-kemahiran membuat generalisasi dengan contoh-contoh yang sesuai.
Secara berpasangan cari maklumat perkara-perkara yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dalam membuat generalisasi melalui bahan bacaan dan laman web.
14
Pelajar menjelaskan perkaitan hubungan individu dengan masyarakat dan individu dengan persekitaran.
Mencari maklumat perkaitan hubungan individu dengan masyarakat dan individu dengan persekitaran melalui bahan bacaan dan rujukan lain.
15
Pelajar membincangkan konsep masa dan ruang dengan menggunakan pengurusan grafik.
Membina pengurusan grafik bagi menjelaskan konsep masa dan ruang.

Catatan:

Bagi tutorial bahan-bahan atau tajuk yang disoal akan dibincangkan dalam kelas pada minggu tersebut.
Tugasan ISL perlu diperolehi pelajar dan dibentangkan atau diserahkan ekpada pensyarah.

Monday, February 16, 2009

Praktikum2

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar

a) Menghadiri taklimat praktikum.

b) Memahami dan menghayati objektif praktikum.

c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum.

d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah.

e) Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain kepada maktab dalam minggu pertama.

f) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan maktab dan peraturan sekolah.

g) Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum.

h) Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah.

i) Mendapatkan sukatan pelajaran dari sekolah.

j) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar.




k) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. Syarat ini perlu dipenuhi oleh semua pelajar sepenuh masa dan KDC. Rujuk Jadual 3. Selain mematuhi tuntutan Jadual 3 dan penyediaan untuk RPH, pelajar KDC bagaimana pun perlu menulis persediaan mengajar bagi mata pelajaran lain dalam Buku Persediaan yang ditentukan oleh JPN.

l) Merancang pengajaran bersama-sama guru pembimbing.

m) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran. (Rujuk Lampiran 7)

n) Mengamalkan penulisan jurnal sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum berdasarkan garis panduan Penulisan Jurnal. (Rujuk Lampiran 8).

o) Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan.

p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum. (Rujuk Lampiran 9)

q) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum (Rujuk Lampiran dalam PT12) kepada Setiausaha Praktikum.

r) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama mereka kembali ke maktab selepas tamat praktikum. Rujuk Lampiran dalam PT12.

Praktikum

Program latihan mengajar perlu dilihat sebagal satu kontinum yang bermula sebaik sahaja pelajar mengikuti kursus di institut/maktab perguruan. Ia terbahagi kepada dua bahagian
(i) Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai
persediaan bagi pelajar sebelum menjalani praktikum.

(ii) Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di luar
bilik darjah.
Program Latihan Mengajar menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilken teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri. Melalui pengalaman in dan proses refleksi, pelajar akan menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional keguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Melalui program latihan praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

Dalam pelaksanaan praktikum ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara maktab dan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan praktikum. Pemuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme guru.

Melalui program praktikum, diharapkan pelajar akan dapat

(i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan;

(ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

(iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

(iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(v) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran;

(vi) menguasai strategi pengajaran;

(vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; dan

(viii) membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.